Monday, September 27, 2010

Keluarga Tercinta


Aidilfitri 1431H...

Bergambar di halaman rumah ayah bonda di Rengit, Batu Pahat,Johor. 

Tema oren mewarnai keluarga kami...alamak Muiz pulak pakai merah.Al-maklum dia ni memang lain sikit...suka bikin kelainan.

Semuga kebahagiaan ini berterusan sehingga ke akhir hayat.Insyallah!


Saturday, September 4, 2010

Kelas Merdeka






Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang lalu, satu pertandingan menghias kelas dengan jalur gemilang telah diadakan.Macam biasa, kelas tahun 6 memang cool...tgk dulu kelas orang lain hias camne.Bila tinggal seminggu nak dinilai baru le kitaorang pulun habis-habisan. Hasilnya hampir 500 Jalur Gemilang dapat dikumpulkan. Wah!meriahnya.Terima kasih tak terhingga untuk semua anak-anak murid yang tersayang kerana bertungkus-lumus menceriakan kelas.Tak kira apa orang kata,yang penting kamu semua memang outstanding! Teacher bangga dengan kamu semua.Lihatlah hasilnya...


Kenduri Menyambut Ramadhan

Dah terlalu lama tak menjengah blog..7 hb yang lalu kami sekeluarga selamat mengadakan kenduri sempena menyambut Ramadhan. Seronoknya sebab jiran-jiran tolong memasak. Alhamdulilah, dengan menu kari,ayam masak merah,ikan kering, serta sambal tempoyak majlis berlangsung dengan lancar. Kini Ramadhan sudah hampir ke penghujung...entah kita berjumpa lagi entahkan tidak,hanya ampun dan maaf yang dipinta agar segala kesalahan dapat diampunkan.