Thursday, April 29, 2010

Habib Jadi Maskot





Sukan kali ni menjadi kenangan manis untuk Habib.Tahniah!bb terpilih sbg maskot rumah biru.Habib jd Mr Moo Moo.Caya lah!Habib berada di hadapan barisan pasukan rumah biru. Adik masuk 4X50 meter .Walaupun tak menang tp adik tetap hebat...Tahniah adik!Bab rebut gula2,adik champion,belum sampai rumah,gula2 dah licin....


Kuning Juara!




Hari ni hari paling meriah di SK Sg Kerawai.Sukan tahunan kali ke 26 berjalan lancar dan meriah.Menepati sasaran,Kuning menjulang kejuaraan dengan 22 pingat emas meninggalkan jauh pesaing Merah dan Biru.Lebih menggembirakan lagi Kuning juga dinobatkan sbg Johan Perbarisan dengan keunikan tersendiri.Syabas untuk guru-guru rumah Kuning especially teacher le...sbb teacher le punye idea last2 minute ni....apepun kami semua puas dengan kejayaan ini.


Monday, April 26, 2010

Kuning Mula Mengaum!


Entah kenapa tahun ni teman masih berada dalam Rumah Kuning. Ni sabahagian ahli rumah kuning semasa Pra Sukan -22/4 yg lalu.Dari 20 acara,Kuning sapu 12 acara....Wah!Kuning mula mengaum!Harap2 29/4 ni Rumah Kuning terus menyinar....Tahniah untuk semua guru2 rumah Kuning; Cikgu Kamal,Ustaz Fadzlan, Teacher Faizah & Ustazah Zahratun(sarat mengandung tp ttp rajin tanya kabo)...


Sunday, April 18, 2010

Bola Baling SK Sg Kerawai


Ni le pasukan bola baling SK Sg Kerawai.Alhamdulilah,walaupun tak berjaya menjadi johan,menjadi antara pasukan yang terbaik dalam kelompok 2.Kalah menang adat pertandingan tetapi mutu pengadilan sedikit tercalar dengan pengadil yang tak tahu guna kad...Harap-harap di masa akan datang tak de le pengadil yang sebegini.Permainan dan pemain semua bagus dan berkualiti tetapi sebab pengadil gila kad ni,menjadikan suasana jadi hambar.Ape2 pun kamu semua adalah pemain terhebat yang pernah teacher train.Hopefully you all akan terus maju.


Thursday, April 15, 2010



Muiz tgh bagi2 kan makanan ringan kat kawan-kawan dia.Semua seronok...

Happy Birthday Muiz!



Happy Birthday Muiz,Alhamdulilah,Muiz dapat jamu semua kawan-kawan sekelas dengan meriah!Walaupun tak se grand mana tp dikelilingi kawan-kawan yang rapat dan guru yang sangat sporting dan penyayang,hajat Muiz tercapai juga.Thanks to Cikgu Siti Suraini yang amat sporting dan steady.Sesungguhnya Allah mengurniakan hikmah yang amat berharga di sebalik kepahitan yang lalu...

Monday, April 5, 2010

Habib Mengikut Jejak Along



Alhamdulilah, walau hanya diberikan lagu cuma 2 hari,namun Habib berjaya membuktikan kejayaan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah2 Agama Rakyat Mukim Labu Kubong,Chenderong Balai.
Walau tak menduduki tempat pertama,memenangi tempat ketiga daripada 20 peserta,merupakan pencapaian terbaik Habib.Tahniah Bib,akhirnya tercapai hajat Habib untuk mengikut jejak Along,bekas Naib Johan Peringkat Daerah dan Johan Peringkat Kelompok Tahun 2009.Sesungguhnya anak-anak mak dan abah memang hebat dan cemerlang.Alhamdulilah!

Hadiah Birthday


Dah terlepas sebulan.Akhirnya dapat juga apa yang diimpikan.Hajat nak Nouvo LC,tp budget ciput sgt.Apepun nilah yang termampu dan terbaik.Shogun RR...Terima kasih,suamiku!

Thursday, April 1, 2010

Lagi Kejayaan Along



Along ranking ke 4 dlm keputusan peperiksaan akhir tahun bg seluruh tingkatan 1.Drp 70 pelajar Form 1.Along juga jd pelajar lelaki 1dalam senarai penerima hadiah.Satu permulaan yang bagus!Semoga Along terus cemerlang.Amin.

Semoga Terus Maju



Ni kumpulan nasyid SABK Batang Padang.Tahniah kerana persembahan yang hebat.Semoga terus maju.Along,teruskan perjuangan.Mak dan abah akan terus mendoa'kan Along agar Along terus maju dan berjaya di dunia dan Akhirat. Lupakan segala peristiwa pahit 2008 yang lalu.Serahkan semua kepada Allah S.W.T.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.Along anak hebat,tabah dan cekal.Amin.

Adik & Putera Shazlan


Gambar ni dirakam tahun 2009.Jumpa Safimi (Putera Shazlan) kat kenduri kahwin di Bidor.Dia sgt sporting dan friendly kat peminat.Adik tak lepas peluang nak bergambar dgn dia.Thanks a lot Safimi!