Sunday, March 28, 2010

Jamuan Perpisahan SKB2



Tiada suasana sedih sebab tak de ape nak disedihkan.Majlis pun buat dah penghujung bulan 3.Ape2 pun thanks to AJK Kelab Guru & Kakitangan sebab sudi gak buat majlis...Guru besar Cikgu Alias bin Hamid dan kawan-kawan yang meraikan.Thanks for the sweet memories together.Hope we can meet again and alwayz keep in touch.

Ingat dapat hadiah yang grand...anyway tak pe bukan hadiah jadi ukuran tapi keikhlasan orang yang memberi.Boleh la....

Friday, March 19, 2010

Selepas Operation


Ni hari ketiga.Habib dah dibenarkan balik.Alhamdulillah,menunya hanyalah aiskerim dan after a week barulah bubur atau kanji.Apa-apepun kami sekeluarga bersyukur segala-galanya selamat. Terima Kasih tak terhingga kepada Dr Rajiv dan Dr Sanjay kedua-duanya pakar ENT Hospital Teluk Intan yang merawat dan melakukan operation dengan jayanya. Thanks jugak kat semua jururawat Wad 1D dan semua petugas di bilik OT,Hospital Teluk Intan. You did a good job!

Lagi tentang Habib


Ni beberapa jam selepas pembedahan. Masih tak sedar kesan ubat bius. Alhamdulillah, Habib selamat menjalani pembedahan. Malamnya agak terganggu kerana kesakitan dan keperitan menelan.

Habib Operation


Habib cool je sebelum disorong ke dewan bedah(OT). Insyallah Habib kuat semangat...

Monday, March 15, 2010

Aktiviti 1

Pagi ni ajak anak-anak gi Chiew Stationary and Sports Centre, Teluk Intan. Along nak beli calculator dan kamus B.Arab Oxford. Angah beli majalah Pintar dan adik beli pensil 2 batang.Mak?..biasalah novel satu. Balik tu pergi lak kenduri kahwin. Duda jumpa jodoh lagi. Alhamdulillah!
Petang tak de ape-ape yang menarik...sapu daun kering.Malam...tengok Jidin. Esok ada kelas tambahan.Sape kata kerja cikgu banyak cuti?Cuti pun kena kerja...yang cuti sebenarnya budak-budak je...

Saturday, March 13, 2010

Cuti Bermula...

Cuti start ari ni...Si Muiz sibuk tanya nak gi mana cuti ni? Along ngan Habib pun tanya "tak balik kampung ke mak?"...Tak tau nak jawab sebab kalau tak de aral 16hb,mak ada extra class,pastu Habib admit ke wad Hospital TI untuk operation tonsil.Nampak gaya tak ke mana la kita nak oooiii,sabar je la.Nanti kalau ada rezeki kita gi holiday ek..

Pagi tadi abah Rengit telefon. Rasa nak ambik je abah duduk sini.Tapi tak mudah abah nak tinggalkan kampung.Semuga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki olehNya.Amin.

Wednesday, March 10, 2010

Alahaiiii....

Semalam kena gi ke PKG Chenderong Balai untuk taklimat mengisi kad-kad petak (tugas-tugas Ketua Panitia le nih).Alaaahhaaaii...ini le kali pertama sejak beberapa tahun menjawat jawatan KP ni kena isi kad-kad petak ni. Mintak ampun la,taklimat 1 jam setengah tu hanya dapat 6 set kertas yang menerangkan proses mengisi dan memenuhi undangan jamuan minum teh. Rasanya kalau gi extra class ngan budak-budak,lebih la berfaedahnya...Anyway thanks a lot to my KP, Kak Nab for replacing me for my extra class. I owe you,sis!
Back to the taklimat tadi, anyway something good for me yang all thi while blind pasal kad-kad ni....

Saturday, March 6, 2010

Kejohanan Olahraga Kelompok 2

Hari ni kena bertugas kat SK Dato Yahya Subhan, Chendrong Balai. Seronok!Kena jadi hakim acara lompat tinggi perempuan. Dapat kawan-kawan baru...Cikgu Hawa dr SK Permatang dan Ustazah Norizan dari SK Chikus. Pastu dapat berkenalan dengan Sir Roy ke Ron Lazaroo dari SK Sg Tungku...kami satu bendera. Nice meeting you and hope that we can work together in upgrading our pupils..
Tp sorry tak de gambo..maklumle kena bertugas...Harap2 akan datang dapat lebih banyak peluang macam ni. Syabas untuk semua anak2 murid SK Sg Kerawai kerana penyertaan mereka.Mungkin tak de rezeki nak bawa apa2 kemenangan...tak pe kita upgrade kan result UPSR...amacam?

Friday, March 5, 2010

Happy Birthday To Me

Sepatutnya semalam masuk blog tapi tak sempat. Semalam ulangtahun ke 38. Alhamdulilah!Walaupun takde apa-apa yang special,namun ucapan dari anak-anak dan suami dah cukup bermakna.Lagipun barang-barang tak kekal lama...Do'a dari suami dan anak-anak cukup memadai.

Harapan menjelang usia ini mudah-mudahan;
1. Dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti kepada keluarga dan mendidik anak bangsa.
2. Menjadi insan yang berguna kepada keluarga,agama & negara.
3. Dapat menyempurnakan impian dan hajat yang masih belum terlaksana
4. Dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.