( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
( ulang 1 & 2 )
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
( ulang 1 & 2 )
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Nasyid ini dirakamkan oleh Al Mizan.Ciptaan S.Atan.
Jika didalami lirik ini amat tersentuh kerana rasanya tak mampu diri ini untuk menjadi sehebat baginda. Selayaknya baginda wajib dijadikan junjungan seluruh umat Islam.
Perjuangan Nabi meninggikan Islam sepatutnya dihayati oleh manusia seluruhnya dari bermulanya penerimaan wahyu di gua Hira’ dan sehingga kewafatan Nabi penuh dengan norma-norma yang kita kena jadikan sebagai penguat semangat dalam menegakkan Islam.
Allah tidak akan mensia-siakan pahala lelaki dan wanita yang beriman dan yakin dengan janji Allah yang mana mereka akan memperolehi nikmat yang terbesar sekali dalam hidup mereka iaitu nikmat dapat memasuki syurga Allah yang luasnya seluas langit dan bumi.




