Sunday, January 31, 2010

Mengadu Hanya PadaNya


Jika hati di landa kegundahan, mengadulah padaNya.

Hanya padaNya segalanya terserah.Dialah penentu segalanya. 

Redalah dengan apa yang telah ditakdirkan. Kerana sudah tentu ada

hikmah disebalik setiap yang telah ditakdirkan.




Saturday, January 30, 2010

Salam 2010


Dah 2 bulan lebih tak update...maaf le..buka hari-hari tapi tak sempat nak update. Tahun baru, tempat bertugas baru... Alhamdulilah,jutaan kesyukuran atas limpah kurniaNya atas segala-gala rentetan kehidupan ini..

Along naik form 2, angah masuk tahun 5 dan Muiz masuk tahun 1...paling banyak story mori dah tentu Muiz...pengalaman membaca,menulis, dapat homework dari cikgu, perhimpunan dan paling syok dapat beli sendiri kat kantin! Alhamdulilah, kawan-kawan semua ok.Pentadbir-pentadbir dan GB sangat best!Harap-harap seala yang diimpikan jadi kenyataan di tempat ini.