Saturday, December 25, 2010
Friday, November 12, 2010
Hari Anugerah Cemerlang 2010
Tahniah untuk Habib!
Dah lama x jengah blog nih..11 November 2010 adalah hari anugerah cemerlang sk sg kerawai.Sebelah paginya keputusan UPSR diumumkan. Tahniah kepada yang berjaya.Kepada yang kurang berjaya,anda telah berusaha dan kita semua dah berusaha...mungkin rezekinya setakat itu.Redalah dan terima dengan hati yang terbuka.Teruskan usaha anda.
Sebelah petang adalah hari anugerah.Anakanda Habib merangkul hadiah matapelajaran terbaik untuk 9 subjek dan sekaligus menerima anugerah pelajar cemerlang tahap 2 untuk kategori lelaki.
Majlis berjalan lancar dan di meriahkan dengan persembahan tarian,koir dan sketsa. tahniah untuk koir thn 6 atas persembahan "Gemilang" dan "Insyallah".
Monday, September 27, 2010
Keluarga Tercinta
Saturday, September 4, 2010
Kelas Merdeka
Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang lalu, satu pertandingan menghias kelas dengan jalur gemilang telah diadakan.Macam biasa, kelas tahun 6 memang cool...tgk dulu kelas orang lain hias camne.Bila tinggal seminggu nak dinilai baru le kitaorang pulun habis-habisan. Hasilnya hampir 500 Jalur Gemilang dapat dikumpulkan. Wah!meriahnya.Terima kasih tak terhingga untuk semua anak-anak murid yang tersayang kerana bertungkus-lumus menceriakan kelas.Tak kira apa orang kata,yang penting kamu semua memang outstanding! Teacher bangga dengan kamu semua.Lihatlah hasilnya...
Kenduri Menyambut Ramadhan
Thursday, May 20, 2010
Hari Guru 2010
Sebenarnya byk gambar2 nak di upload tp ada masalah skt...Insyallah di lain masa akan saya uploadkan.Yang penting saya tetap menjadi pilihan pengundi untuk 'Anugerah Guru Paling Popular'.Thanks to all the voters.Hope next year dpt lagi...He..he...he.
Thursday, April 29, 2010
Habib Jadi Maskot
Sukan kali ni menjadi kenangan manis untuk Habib.Tahniah!bb terpilih sbg maskot rumah biru.Habib jd Mr Moo Moo.Caya lah!Habib berada di hadapan barisan pasukan rumah biru. Adik masuk 4X50 meter .Walaupun tak menang tp adik tetap hebat...Tahniah adik!Bab rebut gula2,adik champion,belum sampai rumah,gula2 dah licin....
Kuning Juara!
Hari ni hari paling meriah di SK Sg Kerawai.Sukan tahunan kali ke 26 berjalan lancar dan meriah.Menepati sasaran,Kuning menjulang kejuaraan dengan 22 pingat emas meninggalkan jauh pesaing Merah dan Biru.Lebih menggembirakan lagi Kuning juga dinobatkan sbg Johan Perbarisan dengan keunikan tersendiri.Syabas untuk guru-guru rumah Kuning especially teacher le...sbb teacher le punye idea last2 minute ni....apepun kami semua puas dengan kejayaan ini.
Monday, April 26, 2010
Kuning Mula Mengaum!
Entah kenapa tahun ni teman masih berada dalam Rumah Kuning. Ni sabahagian ahli rumah kuning semasa Pra Sukan -22/4 yg lalu.Dari 20 acara,Kuning sapu 12 acara....Wah!Kuning mula mengaum!Harap2 29/4 ni Rumah Kuning terus menyinar....Tahniah untuk semua guru2 rumah Kuning; Cikgu Kamal,Ustaz Fadzlan, Teacher Faizah & Ustazah Zahratun(sarat mengandung tp ttp rajin tanya kabo)...
Monday, April 19, 2010
Sunday, April 18, 2010
Bola Baling SK Sg Kerawai
Ni le pasukan bola baling SK Sg Kerawai.Alhamdulilah,walaupun tak berjaya menjadi johan,menjadi antara pasukan yang terbaik dalam kelompok 2.Kalah menang adat pertandingan tetapi mutu pengadilan sedikit tercalar dengan pengadil yang tak tahu guna kad...Harap-harap di masa akan datang tak de le pengadil yang sebegini.Permainan dan pemain semua bagus dan berkualiti tetapi sebab pengadil gila kad ni,menjadikan suasana jadi hambar.Ape2 pun kamu semua adalah pemain terhebat yang pernah teacher train.Hopefully you all akan terus maju.
Thursday, April 15, 2010
Happy Birthday Muiz!
Happy Birthday Muiz,Alhamdulilah,Muiz dapat jamu semua kawan-kawan sekelas dengan meriah!Walaupun tak se grand mana tp dikelilingi kawan-kawan yang rapat dan guru yang sangat sporting dan penyayang,hajat Muiz tercapai juga.Thanks to Cikgu Siti Suraini yang amat sporting dan steady.Sesungguhnya Allah mengurniakan hikmah yang amat berharga di sebalik kepahitan yang lalu...
Monday, April 5, 2010
Habib Mengikut Jejak Along
Alhamdulilah, walau hanya diberikan lagu cuma 2 hari,namun Habib berjaya membuktikan kejayaan dalam Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah2 Agama Rakyat Mukim Labu Kubong,Chenderong Balai.
Walau tak menduduki tempat pertama,memenangi tempat ketiga daripada 20 peserta,merupakan pencapaian terbaik Habib.Tahniah Bib,akhirnya tercapai hajat Habib untuk mengikut jejak Along,bekas Naib Johan Peringkat Daerah dan Johan Peringkat Kelompok Tahun 2009.Sesungguhnya anak-anak mak dan abah memang hebat dan cemerlang.Alhamdulilah!
Hadiah Birthday
Thursday, April 1, 2010
Lagi Kejayaan Along
Semoga Terus Maju
Ni kumpulan nasyid SABK Batang Padang.Tahniah kerana persembahan yang hebat.Semoga terus maju.Along,teruskan perjuangan.Mak dan abah akan terus mendoa'kan Along agar Along terus maju dan berjaya di dunia dan Akhirat. Lupakan segala peristiwa pahit 2008 yang lalu.Serahkan semua kepada Allah S.W.T.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.Along anak hebat,tabah dan cekal.Amin.
Adik & Putera Shazlan
Sunday, March 28, 2010
Jamuan Perpisahan SKB2
Tiada suasana sedih sebab tak de ape nak disedihkan.Majlis pun buat dah penghujung bulan 3.Ape2 pun thanks to AJK Kelab Guru & Kakitangan sebab sudi gak buat majlis...Guru besar Cikgu Alias bin Hamid dan kawan-kawan yang meraikan.Thanks for the sweet memories together.Hope we can meet again and alwayz keep in touch.
Ingat dapat hadiah yang grand...anyway tak pe bukan hadiah jadi ukuran tapi keikhlasan orang yang memberi.Boleh la....
Friday, March 19, 2010
Selepas Operation
Ni hari ketiga.Habib dah dibenarkan balik.Alhamdulillah,menunya hanyalah aiskerim dan after a week barulah bubur atau kanji.Apa-apepun kami sekeluarga bersyukur segala-galanya selamat. Terima Kasih tak terhingga kepada Dr Rajiv dan Dr Sanjay kedua-duanya pakar ENT Hospital Teluk Intan yang merawat dan melakukan operation dengan jayanya. Thanks jugak kat semua jururawat Wad 1D dan semua petugas di bilik OT,Hospital Teluk Intan. You did a good job!
Lagi tentang Habib
Monday, March 15, 2010
Aktiviti 1
Petang tak de ape-ape yang menarik...sapu daun kering.Malam...tengok Jidin. Esok ada kelas tambahan.Sape kata kerja cikgu banyak cuti?Cuti pun kena kerja...yang cuti sebenarnya budak-budak je...
Saturday, March 13, 2010
Cuti Bermula...
Pagi tadi abah Rengit telefon. Rasa nak ambik je abah duduk sini.Tapi tak mudah abah nak tinggalkan kampung.Semuga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki olehNya.Amin.
Wednesday, March 10, 2010
Alahaiiii....
Back to the taklimat tadi, anyway something good for me yang all thi while blind pasal kad-kad ni....
Saturday, March 6, 2010
Kejohanan Olahraga Kelompok 2
Tp sorry tak de gambo..maklumle kena bertugas...Harap2 akan datang dapat lebih banyak peluang macam ni. Syabas untuk semua anak2 murid SK Sg Kerawai kerana penyertaan mereka.Mungkin tak de rezeki nak bawa apa2 kemenangan...tak pe kita upgrade kan result UPSR...amacam?
Friday, March 5, 2010
Happy Birthday To Me
Harapan menjelang usia ini mudah-mudahan;
1. Dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti kepada keluarga dan mendidik anak bangsa.
2. Menjadi insan yang berguna kepada keluarga,agama & negara.
3. Dapat menyempurnakan impian dan hajat yang masih belum terlaksana
4. Dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Monday, March 1, 2010
Friday, February 26, 2010
12 Rabi'ulawal tiba lagi
( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
( ulang 1 & 2 )
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
( ulang 1 & 2 )
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Nasyid ini dirakamkan oleh Al Mizan.Ciptaan S.Atan.
Jika didalami lirik ini amat tersentuh kerana rasanya tak mampu diri ini untuk menjadi sehebat baginda. Selayaknya baginda wajib dijadikan junjungan seluruh umat Islam.
Perjuangan Nabi meninggikan Islam sepatutnya dihayati oleh manusia seluruhnya dari bermulanya penerimaan wahyu di gua Hira’ dan sehingga kewafatan Nabi penuh dengan norma-norma yang kita kena jadikan sebagai penguat semangat dalam menegakkan Islam.
Allah tidak akan mensia-siakan pahala lelaki dan wanita yang beriman dan yakin dengan janji Allah yang mana mereka akan memperolehi nikmat yang terbesar sekali dalam hidup mereka iaitu nikmat dapat memasuki syurga Allah yang luasnya seluas langit dan bumi.
Saturday, February 20, 2010
Kem Motivasi Pelajar 2010
Start 19 hingga 20 Febuari anakanda Habib telah terpilih untuk mengikuti Kem Motivasi Pelajar Tahap 2. Akhirnya impian Habib untuk berkhemah menjadi kenyataan. Tapi biasa le...kalau camping tak de peristiwa jadi tak syok. Camping kali ni sangat bermakna tapi yang tak syoknya bila bekalan air tak mencukupi. Nak mandi pun susah...tapi Alhamdulilah, akhirnya Habib dapat juga mandi dan bersembahyang. Malam tu semua excited nak tidur dalam khemah,rupa-rupanya bila menjelang tengah malam separuh peserta lari masuk dan tidur dalam kelas....tak tahan panas...menjelang kul 3.00 pagi bila cikgu @ maknya gi cek rupanya yang tidur tak berbaju pun ada.
Ni Habib & friends tgh excited mendirikan khemah. Berkat tunjuk ajar abah dan cikgu akhirnya khemah Habib & friends berjaya didirikan. Sayangnya Habib tak tidur dek tahan panas! Tak pe lah bib,lagipun kat rumah dah selalu berkhemah kan? Yang belakang tu Puan Noora, GB yang sangat prihatin.
Ni Habib dah ready nak tidur ni...alamak...cancel le...macam dalam sauna...kene le tido dalam kelas....
Thursday, February 18, 2010
Ape kabo diorang ek...?

Tetiba petang ni teringat kat musketeers tahun 4B last year. Diorang adalah ex-pupils masa kat SKB2 dulu...
Sekarang ni dah year 5B. Harap2 cikgu-cikgu yang ngajo diorang dapat le menerima diorang ni seadanya. Moga2 diorang ni lah yang akan mendo'akan kita semua kelak..Ingat pesan teacher; bio tak hensem asal ada budi bahasa.
Sunday, February 14, 2010
Apa nak buat ek....?
Salam.Cuti 4 hari...kalau ikut ati rasa nak jalan-jalan tapi keadaan kewangan kurang mengizinkan. Maklumlah gaji dah dapat awal,tapi kena beringat2 le. Gaji seterusnya 6 minggu lagi. Tak pelah anak2 pun dah faham...
TV lak buat hal.Hari Jumaat petang tu bila angah balik sekolah agama, macam biasa dia nak menonton favourite cartoon dia,bila dia switch on je bunyi le letupan kecil kat dalam TV tu. Start that moment,kitaorang pun mula le guna TV kecik yang saya letak kat dapur. Dah lah kecik itam putih lak tu...
Nak bawak gi repair kedai tutup 'Kong Xi Fa Cai' pastu TV tu punya le berat 32". So masuk ari ni dah 4 malam le nonton ngan TV antik saya tu.
Tips Pelajar Cemerlang 2
1) Kemenyan putih atau kemenyan serani ditumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit gula pasir. Dimakan satu sudu pada setiap pagi untuk mendapatkan otak yang pintar dan memudahkan hafalan. Kemenyan ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit. Nabi s.a.w. menggalakkan penggunaannya untuk kecerdasan.
2) Telur separuh masak yang dicampurkan dengan madu dan 5 hingga 7 biji badam di makan pada setiap malam. Ia adalah resepi istimewa untuk masalah – masalah yang berhubung dengan otak. Berkesan untuk mengatasi kelemahan daya ingatan, ketumpulan akal fikiran, penat selepas memerah fikiran, kerap menguap, lemah daya penumpuan, selalu berkhayal, tidak berminat dengan kerja seharian dan emosi mudah terganggu.
Tips Pelajar Cemerlang 1
1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Tuesday, February 9, 2010
Innalillah...begitu kehendakNya

Antara berita yang menyayat hati di akhbar hari ini ialah kemalangan tragis pengasas Fadhilat Herbs sekeluarga yang rentung setelah terperosok di bawah treler rosak di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Senawang.Sebagai saudara Islam marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.
Dari Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali.
Monday, February 1, 2010
Sunday, January 31, 2010
Mengadu Hanya PadaNya
Saturday, January 30, 2010
Salam 2010
Dah 2 bulan lebih tak update...maaf le..buka hari-hari tapi tak sempat nak update. Tahun baru, tempat bertugas baru... Alhamdulilah,jutaan kesyukuran atas limpah kurniaNya atas segala-gala rentetan kehidupan ini..
Along naik form 2, angah masuk tahun 5 dan Muiz masuk tahun 1...paling banyak story mori dah tentu Muiz...pengalaman membaca,menulis, dapat homework dari cikgu, perhimpunan dan paling syok dapat beli sendiri kat kantin! Alhamdulilah, kawan-kawan semua ok.Pentadbir-pentadbir dan GB sangat best!Harap-harap seala yang diimpikan jadi kenyataan di tempat ini.




